Tuesday, January 11, 2011

Keikhlasan dalam amal dan pekerjaan

Sempena Maal Hijrah yang mulia ini, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan juga berkongsi dengan anda semua sedikit ilmu yang saya petik dari buku TANBIHUL GHAFILIN (peringatan bagi yang lupa) yang dialih bahasakan oleh: H.Salim Bahreisy.

Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Almubarak dari Abubakar bin Maryam dari Dhomiroh dari Abi Habib berkata yang bermaksud:

Adakalanya para Malaikat membawa amal seorang hamba dan mereka anggap banyak dan mereka menyanjungnya sehingga sampai ke hadirat Allah, maka Allah berfirman kepada mereka: Kamu hanya mencatat amal hambaku, sedang Aku mengawasi isi dan niat hatinya, hambaku ini tidak ikhlas kepadaKu dalam amalnya, maka catatlah dalam sijjin, dan ada kalanya membawa naik amal hamba lalu mereka anggap sedikit dan kecil sehingga sampai kepada Allah, maka Allah berfirman kepada Malaikat: Kamu mencatat amal perbuatan hambaKu dan Aku mengawasi isi hati dan niatnya, orang ini benar-benar ikhlas dalam amal perbuatannya kepadaKu, catatlah amalnya dalam illiyin.

Dengan ini nyata bahawa amal yang sedikit dengan ilkhlas lebih baik daripada banyak jika tidak ikhlas, sebab amal yang diterima Allah dilipat gandakan pahalanya. Adapun yang tidak ikhlas maka tidak ada pahalanya  bahkan tempatnya dalam neraka jahanam.

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment