Pada ketika Allah menitahkan malaikat Jibrail ke bumi mengambil sebahagian tanahnya mencipta Adam. Tetapi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi bimbang Adam berbuat maksiat kepada Allah.
(Ini menunjukkan betapa kita adalah makhluk yang mudah melakukan kerosakan di muka bumi sehinggakan sebelum terciptanya Adam, bumi sudah dapat meramal apa yang boleh dilakukan keatasnya..Astagfirrullah 'alazim.)
Lalu Jibrail kembali menemui Allah, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Kemudian, Allah memerintah malaikat MIKAIL, jawapan bumi tetap sama dan Allah menitah pula malaikat Israfil, tetapi bumi masih enggan dan masing-masing kembali dengan tangan penuh hampa. Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail ke bumi. Kata Allah: "Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimanapun janganlah engkau undur. Katakan kamu melakukan atas perintah dan atas nama-Ku". Apabila Izrail ke bumi dan menyampaikan perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, dia kembali ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kelak Ku-tugaskan engkau mencabut roh manusia." Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allah berfirman: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku Yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar atau sakit."
(Begitu payahnya waktu Adam hendak diciptakan kerana bantahan yang diterima dari bumi dan pelbagai malaikat telah diutuskan sehingga tiba giliran malaikat Izrail barulah bumi akur, kerana itulah juga malaikat Izrail ditugaskan sebagai MALAIKAT MAUT.
Setiap dari kita tidak akan mati sia-sia (secara tiba-tiba) tetapi semua sudah diaturkan puncanya. Kerana itu dalam surat kematian tidak ada satu pun tertulis 'sebab kematian adalah kerana rohnya dicabut oleh malaikat Izrail'. sekurang-kurangnya tertulis 'mati mengejut atau sakit tua'.)
bersambung...
No comments:
Post a Comment