Bismillahirrahmannirrahim...
Surah Asy-Syu'Araa' (ayat 195-200)
195. (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata. 196. Dan Sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam kitab-kitab agama orang-orang yang telah lalu. 197. (Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebesaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita agama Bani Israel mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu? 198. Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang bukan Arab yang tidak tahu membaca Arab. 199. Kemudian ia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka. mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan. 200. Demikianlah Kami masukkan perasaan (Kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa tidak percayakan Al-Quran.
Baru-baru ini saya pernah membincangkan hal ini bersama seorang rakan dan juga suami tentang hal ini, maka dengan takdir ALLAH ia menemukan apa yang saya cari. Bukan kerana saya tidak tahu, tetapi saya rasa perlu sangat untuk saya buktikan kepada diri sendiri dengan pencarian saya sendiri. Tiada niat langsung untuk bermegah apatah lagi melebihi dari orang yang lebih arif, cuma untuk kepuasan sendiri. Selebihnya biar ALLAH yang menentukan..Wallahualam..
No comments:
Post a Comment