Salam Semua pembaca….
Hari ini saya merasa agak terkilan dengan beberapa perkara yang berlaku semasa saya sedang masak di rumah mentua saya. Kebiasaannya saya memang jarang masuk dapur bila saya disini. Tetapi hari ini suami dan anak-anak teringin nak makan masakan kegemaran mereka iaitu tomyam kerana sudah 2 minggu kami tidak berpeluang untuk makan sama. Maka, saya dengan rela hati masuk dapur dan ingin sekali masak dengan cara saya.
Apa yang saya telah jangkakan memang berlaku tanpa ada satu pun yang salah. Ada saja suara-suara yang suka komen masakan saya…katanya: “jangan pedas sangat nanti budak-budak tak dapat makan, jangan masam sangat nanti orang-orang yang dah tua tak suka makan, jangan masin sangat nanti mak tak boleh makan, jangan itu jangan ini.” Sikit tak banyak ini menyebabkan saya berasa kecewa kerana semua itu adalah kegemaran anak-anak dan suami tetapi saya tidak dapat menyampaikan rasa kasih sayang saya dalam masakan kegemaran mereka kerana komentar-komentar yang didengar. Saya kemudian terfikir adakah saya masih tak pandai masak lagi setelah 16 tahun berumahtangga?
Setelah saya ber’uzlah seketika, kemudian saya dapat merasakan sedikit ketenangan dan berpendapat,
Kebajikan itu sebaik namanya, keramahan seramah wujudnya, dan kebaikan sebaik rasanya. Dan orang-orang yang pertama kali akan dapat meraskana manfaat dari semua itu adalah mereka yang melakukannya. Mereka ini, akan merasakan ‘buah’nya ketika iru juga dalam jiwa, akhlak dan nurani mereka. Sehingga, mereka pun selalu lapang dada, tenang, tenteram dan damai.
Ketika diri kita diliputi kesediahan dan kegundahan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, nescaya kita akan mendapatkan ketenteraman dan kedamaian hati! Sedekahilah orang yang papa, tolonglah orang-orang yang dizalimi, ringankanlah beban orang yang menderita, berilah makan orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit, dan bantulah orang yang ditimpa musibah, nescaya kita akan merasakan kebahagiaan dalam semua isi kehidupan kita!
Perbuatan baik itu laksana wangian yang tidak akan hanya mendatangkan manfaat kepada pemakainya tetapi juga buat orang-orang yang berada di sekelilingnya. Dan manfaat psikologi dari kebajikan itu terasa seperti ubat-ubat mujarab yang dapat diperolehi di dalan hati orang-orang yang berhati baik dan bersih.
Menebar senyuman manis kepada orang-orang yang ‘miskin akhlak’ merupakan sedekah jariyah seperti firman Allah yang bermaksud:
Sekali pun engkau bertemu dengan saudaramu dengan wajah ceria. (Al-Hadith).
Sesungguhnya kemuraman wajah merupakan tanda permusuhan sengit terhadap orang lain, yang hanya diketahui terjadinya oleh Sang Maha Ghaib.
Seperti seteguk air yang dberikan oleh seorang pelacur kepada seekot anjing yang kehausan dapat membuahkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Ini membuktikan bahawa Sang Pemberi pahala adalah Dzat Yang Maha Pemaaf, Maha Baik dan sangat mencintai kebajikan, serta Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
No comments:
Post a Comment