Monday, May 20, 2013

Nabi Muhammad S.A.W

ﺒﺴﻡﷲﺍﻠﺮﺤﻤﻦﺍﻠﺮﺤﻴﻡ


terpanggil dengan kata-kata yg saya anggap sebagai teguran & sindiran, sy ingin berkongsi sedikit info mengenai Nabi Allah kita, Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W..

Bagi yang dah tahu, alhamdullillah…Bagi yang belum, mari kita baca ini

*Peringatan#
Maklumat ini didapati dari satu risalah yang saya beli semasa makan di suatu restoran di ibu negara. Jika ada kesilapan dimana-mana sila betulkan..
Yang pertama kita mulakan dengan biografi Rasulullah S.A.W
Nama: Muhammad Bin Abdullah
Bapa: Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Murrah
Ibu: Aminah binti Wahab bin Abd. Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah
Nenek sebelah bapa: Fatimah binti Umar Al-Makhzumiyah
Nenek sebelah ibu: Burrah binti Abd Uzza bin Usman bin Abdul Dar bin Qusay bin Murrah
Tarikh Lahir: Isnin, sebelum terbit matahari, 12 Rabiulawal tahun ke-53 sebelum Hijrah / 570 Masihi
Tempat Lahir: Makkah Al-Mukarramah berhampiran Bukit Sofa (rumah Abu Talib) (tempat tersebut telah dibangunkan sebagai perpustakaan Makkah dan masih wujud sehingga sekarang)
Tarikh diangkat menjadi Nabi: 27 Ramadan tahun ke-13 sebelum Hijrah / 609 Masihi, Gua Hira’, Makkah Al-Mukarramah.
Jantina: Penghulu lelaki
Agama: Penghulu agama Islam
Pekerjaan:
1. Pengembala kambing
2. Berniaga (sehingga umur 40 tahun)
3. Bertugas secara rasmi sebagai Nabi / Rasul (Menyampaikan Risalah ALLAH)
Tanda Istimewa: Cop Kenabian di antara dua bahu yang sentiasa dinaungi oleh bayangan awan ke mana saja baginda pergi.
Sifat-sifat: Wajah – putih bersih berseri atau bercahaya
Mata – hitam
Rambut – hitam
Ketinggian – sederhana dan dada bidang
Nama Bidan: Shifa’ binti Auf (Ummu Abd Rahman)
Nama Penjaga: Ummu Aiman
Ibu susuan:
1. Tsuwaibah Al-Aslamiyah
2. Halimah binti Dzuaib As-Sa’diah
KEISTIMEWAAN: RAHMAT SEKALIAN ALAM
Wafat: Isnin, sebelum tengahari, 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah / 632 Masihi di Madinah.

jika ada yang perasan, ibu & ayahnya adalah dr keturunan yg sama, Bani Hashim dan Moyangnya adalah Murrah.
Baginda adalah untuk semua kehidupan sekalian alam selepas kelahirannya termasuk manusia dan jin.

sekian buat masa ini, akan ada lagi menyusul slps ini...Wallahuallam bissawab
Sifat Wajib Rasulullah:
Shiddiq (Benar)
Amanah (Dipercayai)
Tabligh (Menyampaikan)
Fathonah (Bijaksana)

Sifat Mustahil:
Khianat (Curang)
Kizbun (Pendusta)
Kitman (Sembunyikan Wahyu)
Jahlun (Bodoh)

Sifat Harus:
Memiliki sifat seperti manusia biasa
10 Amanat Terakhir Rasulullah S.A.W, (khutbah terakhir pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di lembah Uramah, Gunung Arafah.

1. Menjaga jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanat suci.
2. Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu.
3. Mengingati hari kematian dan hari pembalasan.
4. Riba' adalah diharamkan di sisi Islam.
5. Berwaspada terhadap godaan syaitan demi keselamatan agama Islam walaupun dlm hal-hal yang kecil.
6. Mmenjaga keharmonian suami isteri.
7. Mengharamkan zina.
8. Sempurnakan lima Rukun Islam.
9. Mengekalkan ikatan silaturrahim sesama Islam (semua umat Islam adalah bersaudara).
10. Berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah.

Perkara-perkara Khusus Kepada Rasulullah S.A.W
1. Musuh merasa takut sebelum menemui Rasulullah S.A.W dalam tempoh sebulan. (HR Bukhari)
2. Rasulullah S.A.W dianugerahi kefasihan dalam berbicara (Riwayat Muslim).
3. Terpelihara dari dosa.
4. Keluarga dan keturunannya dilarang menerima zakat dan sedekah.
5. DI antara kedua bahunya ada tanda kenabian.
6. Qiamulail diwajibkan baginya.
7. Saat matanya terpejam, hatinya tetap terjaga. Tidak membatalkan wudhu'. (HR Al Bukhari)
8. Balu Rasulullah S.A.W dilarang dinikahi oleh sesiapa.
9. Allah mengizinkannya menikahi wanita melebihi 4 orang.
10. Pemimpin Bani Adam, penutup para Nabi dan Allah mengutuskannya kepada SELURUH UMAT MANUSIA. (HR Muslim)
 

No comments:

Post a Comment